Gejala Buli

Gejala Buli : Peranan Pelajar Dalam Memupuk Budaya Penyayang Di Sekolah. Sejak berkurun-kurun lamanya bangsa Asia sangat terkenal dengan budaya hormat dan bersopan santun. Malah nilai itulah yang turut mengangkat imej Malaysia untuk dikenali di seantero alam. Namun, selepas dilanda pelbagai arus perubahan, nilai-nilai murni itu semakin memupus dalam budaya dan tradisi masyarakat Malaysia. Kini dalam pola masyarakat majmuk, masyarakat Malaysia kelihatan kurang mengamalkan nilai kesopanan dan luput budaya hormat dan berkasih sayang. Hukum sesiapa yang kuat dia menang, yang cepat dia dapat, dan yang megah dialah gagah. Oleh itu, sebagai pelajar saya perlu menghayati semula nilai-nilai murni agar budaya penyayang dapat terus dikekalkan di sekolah.

Isi 1 :

AJ : Langkah utama dan yang paling relevan, saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak yang terpuji.

H1 – Saya harus berasa bangga apabila dapat mempamerkan tingkah laku yang baik dan menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan.

H2 – Sebenarnya dengan tingkah laku yang baik diri kita akan disenangi oleh semua rakan dan warga sekolah.

H3 – Saya perlulah mengamalkan sifat-sifat terpuji seperti menghormati guru, menyayangi rakan-rakan dan bertanggungjawab terhadap keselamatan di sekolah.

PP – Dalam hal mempraktikkan nilai-nilai yang baik, kita hendaklah faham akan maksud kata-kata, “Orang tidak mendengar apa-apa yang kita cakapkan tetapi orang mudah menuruti apa-apa yang kita buat”.

Isi 2 :

AJ : Sementara itu, dalam kalangan rakan-rakan dan guru saya hendaklah menjadi pelajar yang mudah didekati.

H1 – Hal demikian kerana, diri saya akan disenangi kawan, cepat mesra dan mudah memberi bantuan apabila diperlukan.

H2 – Sifat-sifat mahmudah seperti luhur budi bahasa, suka membantu dan  tulus ikhlas hendaklah saya pamerkan untuk menjadi ikutan.

H3 – Bahkan semua sifat terpuji yang diamalkan boleh menjadi contoh teladan untuk memupuk budaya penyayang dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar dan guru.

PP – Sesungguhhnya, saya amat yakin apabila diri kita disenangi, justeru semua sifat terpuji akan mudah diterima oleh orang lain.

Isi 3 :

AJ : Suatu perkara penting yang perlu saya amalkan juga ialah ketahanan prinsip jati diri.

H1 – Dalam hal ini, saya harus menjadi kuat dan tidak mudah menjadi pak turut kepada sikap dan tingkah laku yang buruk.

H2 – Segala tingkah laku yang buruk seperti dengki, khianat dan adu domba perlulah saya hindari.

H3 – Seyogianya, saya perlu berprinsip, tegas dan tidak terpengaruh kepada perkara negatif supaya pendirian saya dihormati.

PP – Sesungguhnya, agar diri kita dihormati, berpeganglah kepada prinsip dan jati diri dan tidak mudah menjadi lalang ditiup angin.

Isi 4 :

AJ : Selain itu, contoh teladan yang baik yang perlu diamalkan ialah belajar secara istiqamah.

H1– Saya harus menyimpan azam untuk menjadi pelajar yang cemerlang sama ada dalam aspek akademik mahupun akhlak yang baik.

H2 – Apabila seseorang pelajar itu cemerlang dalam akademik, dia sentiasa dibanggakan oleh rakan-rakan dan menjadi contoh ikutan yang baik.

H3 – Keikhlasan kita membantu rakan untuk berjaya dalam akademik merupakan suatu sifat penyayang yang amat disenangi oleh rakan-rakan.

PP – Oleh hal yang demikian, selagi kudrat saya berazam untuk menjadi insan yang baik dan berguna kepada masyarakat dan negara.

Kesimpulan : Hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa ialah ungkapan peribahasa yang mendorong seseorang itu agar beriltizam untuk menyumbangkan khidmat dan jasa. Budaya penyayang seandainya dipupuk dan dibaja boleh memberi natijah kepada lahirnya masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin. Oleh hal yang demikian, saya sangat teruja untuk berada di tengah-tengah khalayak bagi meuar-uarkan idea yang baik ini agar terbentuk juga masyarakat yang berbudaya, beretika serta penyayang. Sesungguhnya, inilah Malaysia yang menjadi harapan kita menjelang dekad yang akan datang.

.

Character Traits + Evidence, Opinoin (6)

Novel Captain Nobody : Character Traits + Evidence, Opinoin (6)

CHARACTER TRAIT   :    LOVING

He always prepares breakfast for his family every morning. He understands that his parents and his famous brother are always busy and occupied. When he notices how busy and distracted Mom is, he volunteers to make breakfast every morning. Whenever Mom needs his help with her misplaced items, Newt will always be there because he cares about his mother. Mother is absent-minded. She depends on Newt to remind her about important events and help her to find her misplaced belongings. Dad is always busy answering the phone so Newt always pours him more coffee and fetch him a pencil. Chris always sleeps in as he is tired from football practice but Newt will always give Chris a daily wake-up call.

OPINION

This shows that Newt is a loving person. If I were in the same situation, I would be sad if my family is too busy to spend time with me. Without Newt, his family would be in chaos as Mom would always misplace things, Dad would always miss his breakfast and Chris would be late to school. His action has inspired me to be a loving person to my family.

Novel T : Plot – Binaan Plot

Novel Pelari Muda : Plot – Binaan Plot

(a)   Permulaan – Kisah bermula dengan perubahan sikap Kamarul yang menjadi perhatian ibu dan rakan-rakannya. Saridah juga telah menegur Kamarul tentang perubahan sikapnya itu.

(b)   Perkembangan – Kamarul telah ponteng latihan dan banyak berlatih bersendirian. Tindakan Kamarul telah menimbulkan kerunsingan Encik Kadir selaku jurulatih olahraga pasukan kebangsaan.

(c)   Konflik – Kamarul mula berani melawan jurulatihnya dengan mengatakan bahawa dengan latihan sendiri itu tidak mengganggu kecergasannya. Kamarul juga telah berani mencabar Encik Kadir agar melatih Sures yang sedang meningkat maju dalam olahraga.

(d)   Klimaks – Kamarul sanggup membaling pingat yang diberikan oleh Encik Kadir sambil berlalu pergi. Ketika melintas jalan dengan perasaan marah dan fikirannya berkecamuk, dia telah dilanggar kereta hingga menyebabkannya terlantar hospital.

(e)   Peleraian – Kamarul mula sedar akan kesilapannya dan kembali berlatih serta berdisiplin. Akhirnya, dia berjaya meningkatkan kecergasannya semula dan menjadi johan dalam acara 100 meter dan 400 meter di Sukan SEA ke-14 di Bangkok.

Novel  : Watak dan Perwatakan

Novel Pelari Muda : Watak dan Perwatakan

Kamarul

(a)   Murid tingkatan lima.

(b)   Anak kedua dalam keluarga.

(c)   Bersopan santun pada awalnya.

(d)   Tidak menepati janji.

(e)   Berani memprotes.

(f)    Perajuk dan pendendam.

(g)   Sombong.

(h)   Degil dan keras hati.

.

Saridah

(a)   Murid tingkatan lima.

(b)   Berhidung kecil dan berambut lurus.

(c)   Berwajah tenang.

(d)   Baik hati.

(e)   Jujur.

(f)    Perahsia.

.

Encik Kadir

(a)   Berusia dalam lingkungan 50 tahun.

(b)   Bermuka bulat dan sering memakai topi.

(c)   Berkulit agak gelap.

(d)   Bermulut becok.

(e)   Baik dan bertimbang rasa.

(f)    Teliti.

(g)   Tegas.

(h)   Bertolak ansur.

(i)    Pemurah.

Novel  : Sinopsis Bab 1, 2, 3

Novel Pelari Muda : Sinopsis Bab 1, 2, 3

Bab 1: Mengapa Muram?

−   Kamarul tidak seperti kelazimannya, iaitu selepas sarapan dia akan membaca akhbar tentang berita sukan, terutamanya yang berkaitan dengan sukan olahraga.

−   Pada pagi itu, selepas sarapan Kamarul terus memakai kasutnya dengan wajahnya yang muram.

−  Ibunya dapat memerhatikan perubahan pada Kamarul dan berasa risau.

−  Ibu Kamarul mengandaikan anaknya sakit atau bergaduh dengan Saridah, iaitu kawan sekolah yang istimewa bagi Kamarul.

−  Semasa di dalam bas, Kamarul memikirkan kata-kata Saridah yang mengatakan bahawa dia sudah sombong.

−  Kamarul memikirkan latihannya dengan jurulatihnya, Encik Kadir juga.

−  Kamarul berpendapat bahawa dia masih berada pada tahap kecergasan yang sebenarnya.

−  Kamarul enggan berlatih dengan Encik Kadir sebagai jurulatih olahraga kebangsaan.

−  Kamarul juga teringat akan Sures, iaitu saingannya tetapi dia yakin Sures masih tidak mampu menandinginya, begitu juga Rajip dan Mahat.

−  Kamarul tersedar apabila Zahudi mengatakan bahawa mereka telah tiba di sekolah.

−  Kamarul cuba mencari Saridah tetapi tidak ditemui, sebaliknya dia bertemu dengan Sures.

−  Sures memberitahunya bahawa Encik Kadir menyuruhnya datang ke Pusat Sukan Kampung Pandan.

−  Kamarul mengatakan dia akan bercerita dengan Sures di pusat sukan nanti.

.

Bab 2: Jangan Mungkir

−  Sudah 20 minit Sures berada di Pusat Sukan Kampung Pandan, namun Kamarul masih tidak kelihatan di pusat sukan itu dan Sures berasa terkilan.

−  Sures berasa pelik akan sikap Kamarul yang berubah seperti jarang-jarang bercakap dengan kawan-kawan.

−  Sures juga mendapati Kamarul mula memprotes apabila Cikgu Dariah, penolong kepada Cikgu Zainal menegurnya.

−  Sures tertanya-tanya sebab Kamarul sudah lupa akan jurulatih yang menaikkan namanya.

−  Apabila cuaca mula redup Sures memanaskan badannya.

−  Kemudian Sures dipanggil oleh Encik Kadir yang bertanyakan perihal Kamarul.

−  Sures memberitahu beliau bahawa dia telah menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul dan Encik Kadir merungut dengan mengatakan bahawa latihan begini amat penting sambil berlalu pergi.

−  Sures berasa lega dan menyertai pelari-pelari lain berlatih bawah bimbingan Encik Kadir.

−  Encik Kadir membatalkan latihan bagi acara 100 meter dan sebelum bersurai, Encik Kadir berpesan kepada Sures agar memberitahu Kamarul bahawa beliau ingin bertemu dengannya esok.

−  Setibanya Sures di rumah, Saridah datang lalu dia bertanya sama ada dia berjumpa dengan Kamarul kerana Encik Kadir bertanyakan Kamarul.

−  Saridah memberitahu Sures bahawa sewaktu latihan di sekolah pun Kamarul hanya ada sekejap dan Kamarul juga tidak menyapanya.

−  Sures bertanya Saridah sama ada dia bergaduh dengan Kamarul lantas Saridah menjelaskan bahawa mereka ada salah faham.

−  Saridah berkata bahawa dia tidak tahu akan sebab Kamarul sanggup mengabaikan latihan.

−  Sures mengingatkan Saridah bahawa Kamarul mesti sedar bahawa Sukan SEA tidak lama lagi dan meletakkan kesalahan atas Kamarul.

−  Kemudian, Saridah pulang dengan mengayuh basikalnya sambil mengharapkan pertengkarannya dengan Kamarul tidak dibesar-besarkan.

.

Bab 3: Surat Tak Bersampul

−  Saridah berada di perpustakaan dengan harapan Kamarul akan masuk ke situ tetapi akhirnya, Saridah hampa.

−  Saridah berasa hendak menangis dan berpendapat bahawa Kamarul tidak patut melakukannya begitu, malah Saridah menganggap Kamarul pendendam orangnya.

−  Saridah terus balik ke kelasnya dan duduk di kerusinya.

−  Juriah datang menghampiri dan Saridah mengadu kepada Juriah tentang masalah dia dengan Kamarul.

−   Juriah menasihati Saridah agar bertenang dan mengingatkan bahawa ada masa untuk Saridah memulihkan keadaan.

−   Selepas waktu sekolah tamat, Saridah tidak terus pulang, sebaliknya Saridah pergi ke perpustakaan dan di situ Saridah menulis surat untuk Kamarul.

−   Dalam surat tersebut Saridah menyatakan isi hatinya tentang sikap Kamarul yang tidak mahu bertemu dengannya dan mengesali perselisihan faham yang telah berlaku antara mereka.

−   Saridah kembali ke kelasnya dan mendapati Juriah belum pulang lantas meminta Juriah menolongnya untuk menyampaikan surat yang ditulisnya itu kepada Kamarul.

−   Setelah itu, Saridah dan Juriah balik bersama-sama.

Novel  : Sinopsis Bab 13, 14, 15

Novel Pelari Muda : Sinopsis Bab 13, 14, 15

Bab 13: Dia Peminat De Wega

−   Pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa Kamarul dan atlet Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Dong Muang dalam hujan rintik-rintik.

−   Kamarul duduk sebilik dengan Sures di hotel.

−   Di dalam bilik, Kamarul kelihatan bimbang dan muram mengenangkan prestasinya.

−   Sures menyatakan bahawa kecergasan mereka tidak boleh diukur semasa latihan dan sesuatu yang membanggakan boleh berlaku ketika berada di padang.

−   Sedang mereka berbual, tiba-tiba pintu bilik diketuk dan Encik Kadir masuk sambil memaklumkan bahawa mereka ada latihan esok.

−   Encik Kadir juga mengingatkan bahawa pada pukul 7:00 mereka akan bertemu di bilik persidangan hotel untuk taklimat dan makan malam.

−   Pada pagi itu, Kamarul dan kontinjen Malaysia menaiki bas ke Stadium Nasional.

−   Setibanya di Stadium Nasional, Encik Kadir membawa atlet olahraga ke Gimnasium A untuk berlatih dan di situ juga ada atlet Indonesia, Filipina, Singapura, dan Brunei.

−   Encik Kadir mengadakan ujian kepantasan dan berlaku beberapa perkembangan terbaharu, terutamanya pada Kamarul.

−   Encik Kadir memberitahu Kamarul bahawa tahap kecergasan Kamarul sudah pulih 100 peratus dan Kamarul tersenyum lebar.

−   Selesai berlatih, Kamarul telah berjumpa dengan De Wega, iaitu pelari dari Filipina yang amat diminatinya.

−   Kamarul dan De Wega berbual-bual dan De Wega mengiktiraf Kamarul sebagai pelari yang mampu memberikan cabaran.

−   Kamarul menyatakan kekagumannya terhadap De Wega.

−   De Wega banyak memberikan kata semangat dan nasihat seperti tidak sombong dan lupa diri, menjaga disiplin, mengikuti latihan yang dikendalikan jurulatih, dan tidak berputus asa atau kecewa.

−   De Wega juga mengingatkan Kamarul bahawa Kamarul masih muda dan mempunyai masa untuk cemerlang.

−   Selepas berbual-bual itu, Kamarul memberitahu bahawa dia ingin pulang ke hotel.

−   De Wega mengucapkan terima kasih sambil menjabat tangan Kamarul.

−   Sewaktu berjabat tangan itu, Kamarul dapat merasai satu resapan semangat baharu.

.

Bab 14: Dadanya Mencecah Pita

−   Pagi itu, Kamarul dan Sures turun sarapan selepas diberitahu oleh Abdul Rahman.

−   Sewaktu sarapan, Abdul Rahman bercerita tentang gambar Kamarul keluar di dalam TV.

−   Perbualan mereka terhenti apabila Ketua Kontinjen Malaysia, Syed Ali Mohidin berucap dan kemudian, Encik Kadir pula memberikan ucapan.

−   Petang itu, berlangsung acara pembukaan Sukan SEA yang ke-14.

−   Kamarul dan Sures mengikuti perbarisan kontinjen Malaysia.

−   Pada petang ini, Kamarul dan Sures akan bertanding dalam acara 100 meter dan 400 meter dan mereka akan ditentang oleh pelari dari Filipina, Indonesia, Singapura, dan Thailand.

−   Encik Kadir berharap agar Kamarul dapat mencipta rekod baharu.

−   Sebelum bertanding, Encik Kadir memberikan pingatnya, iaitu pingat yang pernah dilemparkan oleh Kamarul dulu dan meminta Kamarul mengikat pingat itu di pinggangnya.

−   Kamarul menuju ke garisan permulaan dan memerhatikan De Wega sebelum membongkok dan mengambil nafas dan mendapati dia bukan tandingan De Wega.

−   Tiba-tiba, Kamarul merasai satu resapan semangat baharu dan dia menghela nafas dan memegang pingat di pinggangnya itu.

−  Tembakan permulaan dilepaskan, Kamarul berlari bagai kuda yang dipacu sekuat tenaga.

−  Kamarul terasa imbasan angin badan De Wega dan dia mempercepat larian sambil menundukkan kepala melepasi garisan penamat.

−  Kamarul meluru dan memeluk De Wega dan Encik Kadir yang ada di sisi memeluk Kamarul.

−  De Wega mengucapkan tahniah kepada Kamarul dan Kamarul melonjak kegembiraan apabila melihat catatannya yang telah memperbaharui rekod lamanya serta berjaya mengatasi rekod De Wega juga.

−  Pada petang itu juga, Kamarul memperoleh satu lagi pingat emas dalam acara 400 meter.

−  Encik Kadir menemui Kamarul di bilik dengan senyuman dan menyampaikan surat ucapan tahniah daripada kawan-kawan Kamarul di Malaysia.

−  Kamarul mengembalikan pingat yang diberikan oleh Encik Kadir semula tetapi Encik Kadir meminta Kamarul menyimpannya sebagai kenangan dan menandakan bahawa dialah orang pertama yang melatih Kamarul.

−  Encik Kadir menyatakan lagi bahawa dia akan bersara selepas ini menyebabkan Kamarul tersentak dengan pengakuan tersebut.

−  Encik Kadir turut menyatakan bahawa dia sepatutnya bersara pada tahun ini tetapi ditangguhkan kerana Sukan SEA.

−  Encik Kadir juga menyatakan bahawa dia telah berjaya membawa Kamarul ke tahap yang membanggakannya dan berbangga apabila mengundurkan diri sebagai jurulatih.

−  Kamarul berasa terharu sambil memegang kertas ucapan tahniah daripada Saridah dan Juriah.

.

Bab 15: Ucapan Tahniah

−  Masa berlalu begitu pantas kerana jadual pertandingan terlalu padat.

−  Petang itu, berlangsungnya upacara penutup Sukan SEA.

−  Di hotel, Kamarul bertemu dengan De Wega di bilik De Wega untuk mengucapkan terima kasih kerana De Wega memberikan dia semangat.

−  Kamarul memberikan De Wega cenderamata sebagai hadiah kenangan tanda mereka pernah berjumpa.

−  De Wega membalas pemberian Kamarul dengan memberikan sebutir pingat emas yang dimenangi dalam acara 100 meter Sukan SEA Brunei.

−  Kamarul menerima pemberian De Wega dan diharapkan menjadi perangsang kepada dirinya.

−  Kamarul pulang dengan menaiki pesawat MAS.

−  Kamarul merasakan penerbangan itu terlalu lambat sambil dia memegang pingat emas yang dimenangi.

−  Kamarul terkenang wajah Encik Kadir, De Wega, Saridah, Cikgu Zainal dan kawan-kawan sekolahnya sambil berkata kepada dirinya bahawa kejayaan yang diperoleh bukan untuk dirinya seorang.

−  Sejurus kemudian, kapal terbang mendarat.

−  Kamarul melangkah ke balai ketibaan dan disambut oleh keluarganya dan kawan-kawannya yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Novel : Plot – Binaan Plot

Novel Sejambak Bakti : Plot – Binaan Plot

(a)   Permulaan – Pengarang memaparkan suasana pagi di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Harun, Swee Lan, dan Saridevi sedang bertugas di koperasi. Kehadiran Cikgu Zulkifli membawa surat untuk mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama pada tahun tersebut.

(b)   Perkembangan – Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama diadakan pada petang di bilik mesyuarat. Sebelas orang murid dan empat orang guru telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah koperasi. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi. Razali telah terpilih sebagai penolong setiausaha.

(c)   Perumitan – Konflik bermula apabila Munir berasa cemburu dengan pelantikan Razali sebagai penolong setiausaha. Mulai saat itu Munir, Leong dan Selvam sering tidak hadir bertugas dan sentiasa cuba untuk rapat dengan Ramlah. Sikap Munir yang sering mengganggu pelajar perempuan dan tidak hadir bertugas telah dilaporkan kepada guru kaunseling sekolah iaitu Cikgu Muniam. Munir berdendam dengan Razali. Munir telah menumbuk Razali sehingga berdarah. Perbuatan tersebut menyebabkan Munir dihukum rotan oleh pengetua.

(d)   Klimaks – Seluruh warga Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dikejutkan dengan berita koperasi sekolah mereka telah diceroboh. Wang koperasi sebanyak RM 200.00 turut dicuri. Pihak polis telah dipanggil untuk melakukan siasatan. Razali telah dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan. Hal ini demikian kerana tiada sebarang tanda-tanda bilik tersebut dipecahkan dan hanya Razali seorang sahaja yang memiliki kunci tersebut. Kejadian tersebut menyebabkan ayah tiri Razali berasa malu sehingga sanggup menghalaunya keluar dari rumah.

(e)   Peleraian – Penjenayah tersebut berjaya dikesan setelah pencerohan berlaku buat kali kedua. Munir terperangkap kerana memiliki wang kertas RM10.00 yang bertanda ‘K’. Dia dihukum tiga kali sebatan di hadapan tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu. Koperasi sekolah turut diumumkan sebagai Johan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA. Persoalan tentang ayah Razali yang sebenar turut terungkai semasa majlis penerimaan piala kemenangan tersebut. Razali dan Munir, akhirnya menjadi sahabat baik.

 

Novel : Watak dan Perwatakan

Novel Sejambak Bakti : Watak dan Perwatakan

(a)   Watak utama – Razali

(b)   Watak sampingan – Munir, Leong, Silvam, Ramlah, Swee Lan, Saridevi, Rozita, Harun, Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, Norlela, Cikgu Saiful, Cikgu Muniam, Cikgu Syamsudin, Mak Sopiah, Pak Zakaria, dan Pak Ramli.

.

Razali

(a)   Murid tingkatan 5.

(b)   Seorang pemimpin sekolah iaitu dilantik sebagai Penolong Setiausaha Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah.

(c)   Tinggal bersama-sama ibu dan ayah tirinya.

(d)   Menghormati orang tua.

(e)   Tabah dan sabar dalam menghadapi pelbagai dugaan.

(f)    Anak muda yang berwawasan dan bercita-cita tinggi.

(g)   Seorang yang pemaaf.

.

Ramlah

(a)   Rakan baik Razali.

(b)   Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah.

(c)   Tinggal bersama-sama abangnya, seorang anggota polis di Balai Polis Simpang Empat.

(d)   Anak tiri Pak Ramli.

.

Swee Lan dan Saridevi

(a)   Sahabat baik Razali.

(b)   Ahli lembaga pengarah yang sangat rajin dan berdedikasi.

(c)   Sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada Razali untuk memajukan koperasi sekolah.

.

Munir

(a)   Matanya bulat bersinar-sinar.

(b)   Pipinya penuh berisi.

(c)   Berwajah bulat dan bertubuh tegap.

(d)   Berpakaian kemas dan bermotosikal ke sekolah.

(e)   Sangat cemburu akan Razali.

(f)    Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah.

(g)   Pendendam dan kuat cemburu.

.

Leong dan Selvam

(a)   Rakan setia Munir.

(b)   Sentiasa menyokong segala rancangan yang dirancang oleh Munir.

(c)   Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah.

(d)   Bermotosikal ke sekolah.

.

Cikgu Zulkifli

(a)   Tubuhnya tinggi lampai, rambutnya genjur, dan berkumis.

(b)   Guru displin dan guru koperasi sekolah.

(c)   Sangat prihatin dan bertanggungjawab.

(d)   Bijak memerangkap penceroboh koperasi sekolah.

(e)   Rajin membantu kegiatan koperasi sekolah.

.

Mak Sopiah

(a)   Ibu Razali.

(b)   Isteri kedua Pak Zakaria.

(c)   Isteri pertama Pak Ramli.

(d)   Rajin melayani Razali.

(e)   Seorang ibu yang memiliki kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap anaknya.

.

Pak Zakaria

(a)   Bapa tiri kepada Razali.

(b)   Seorang bekas tentera.

(c)   Rakan Pak Ramli semasa menjadi anggota tentera.

(d)   Seorang ayah tiri yang garang dan tidak menyukai anak tirinya, Razali.

.

Pak Ramli

(a)   Bapa kepada Ramlah.

(b)   Bapa kandung Razali.

(c)   Seorang bekas tentera.

(d)   Rakan  Pak Zakaria semasa menjadi anggota tentera.

(e)   Bercerai dengan Mak Sofiah sewaktu Razali berusia satu tahun.

(f)    Menetap di Melaka.

.

Tema dan Persoalan (Novel Tingkatan 3)

Novel Chot : Tema dan Persoalan (Novel Tingkatan 3)

Tema

Kasih sayang yang terjalin sesama makhluk ciptaan Tuhan.

Persoalan

  • Tanggungjawab seorang anak terhadap ibu.
  • Ketaatan terhadap agama.
  • Sikap telalu mengikut emosi membawa keburukan.
  • Simpati terhadap nasib orang lain.
  • Kesetiaan dalam persahabatan.
  • Kesungguhan dalam menuntut ilmu.
  • Penyesalan atas kesilapan yang telah dilakukan.

.

Sinopsis Bab 19, 20 (Novel Tingkatan 3)

Novel Chot : Sinopsis Bab 19, 20 (Novel Tingkatan 3)

Demi Kesayangan…

– Som pulang dari sekolah dengan menumpang kereta Volvo Cikgu Sunan kerana cikgunya itu mahu ke rumah Alias.

– Dalam perjalanan ke rumah Alias, Cikgu Sunan telah mengetahui latar belakang Alias yang tinggal bersama-sama dengan ibunya yang lumpuh dan seekor beruk bernama Chot daripada Som.

– Som tidak mahu ke rumah Alias bersama-sama dengan Cikgu Sunan kerana bimbang akan dimarahi oleh Alias lalu mengambil keputusan untuk turun di suatu titi.

– Setelah sampai di rumah Alias, Cikgu Sunan melihat kedaifan kehidupan Alias dan ibunya.

– Cikgu Sunan memberitahu tentang kedatangannya kepada ibu Alias adalah untuk bertanya sebab Alias tidak hadir ke sekolah sedangkan peperiksaan sudah semakin hampir.

– Cikgu Sunan berasa bersalah kerana telah menengking Alias sehingga menyebabkan Alias jatuh terlentang di dalam kelas dan menyebabkan telinga kanan Alias bengkak dan bernanah.

– Dia berasa menyesal kerana tidak memasukkan nama Alias dalam senarai penerima bantuan pakaian juga.

– Alias pulang ke rumah sambil membawa dua biji kelapa tua dan sebuah buku kerja. Alias menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Cikgu Sunan.

– Cikgu Sunan ingin melihat telinga Alias yang bengkak dan bernanah itu.

– Chot berang melihat keadaan itu lalu menerkam dan menggigit lengan Cikgu Sunan.

– Alias yang terkejut cuba mententeramkan Chot dan melepaskan gigitannya pada lengan Cikgu Sunan tetapi tidak berjaya.

– Alias mengambil lembing lalu merodok lembing itu pada perut Chot menyebabkan Chot terkulai dan mati.

– Alias berasa sangat sedih lalu memeluk Chot. Dia mengatakan bahawa dia tidak mampu lagi untuk bersekolah kerana dia tidak dapat menyara kehidupannya dan ibunya tanpa bantuan Chot.

– Cikgu Sunan berjanji akan membiayai persekolahan Alias sehingga Alias memasuki universiti.

Penghormatan Terakhir

– Alias telah mengorek lubang sedalam kira-kira dua kaki untuk menanam Chot yang telah dibalut dengan kain buruk.

– Ibu Alias, Pak Din, Mak Su Kiah, dan Som berasa sedih melihat Alias yang menanam Chot di bawah pokok langsat, tempat Chot ditambat sewaktu Chot hidup.

– Alias mengambil papan sepanjang satu kaki lalu mencacakkannya seperti batu nisan. Pada papan itu tertulis, “Tunggu aku di pintu universiti, Chot”. Alias memberitahu ibunya tentang hasratnya untuk ke sekolah pada hari esok.

.